cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Monday 9 May 2011

KU TINGGALKAN DIRIMU DEMI CINTA-NYA PART 3.....



Lewat isthikharah dan musyawarah bersama ahli keluarga yang lain,saya menerima lamaran tersebut.S,senior saya di zaman sekolah itu memang berwibawa,bijak ,warak,mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan dari keluarga yang terhormat.Bukanlah kerana cinta saya memilihnya namun memikirkan mungkin ini adalah hikmah dan rahmat dari ALLAH buat saya.

Walaupun saya tiada sebarang perasaan terhadap S namun saya menerimanya dan pertunangan kami berlansung secara sederhana dengan menjaga penuh syariat.Namun,tanpa saya sedari nikmat dan rahmat dari ALLAH adalah ujian buat saya.Teringat pada sebuah ayat yang bermaksud:

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka itu akan dibiarkan.Mereka berkata:"kami telah beriman" Sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka.Sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta."(al-Ankaabut:2&3)

ALLAH telah menguji iman saya saat usia pertunangan ini mencecah 3 bulan.Saat saya telah mula menerima S dan bersedia untuk berkongsi hidup dengan S,ALLAH menguji saya dengan satu berita yang saya sendiri tak terduga.

Panggilan telefon dari S membawa satu perkhabaran yang membuatkan dunia saya seakan terhenti seketika.Gelap pandangan saya saat menerima perkhabaran ini."Maafkan ana,ana tak dapat teruskan lagi pertunangan ni.Ana sebenarnya cinta orang lain dan ana tak mampu bohong hati ana tentang hal ini.Ana dah jumpa dia semula dan ana tak nak kehilangan dia lagi.Maaf,ana nak putuskan pertunangan ini.Insya ALLAH,ada yang lebih baik dari diri ana untuk enti.Enti ada segala-galanya namun ana rasa ana masih tak mampu menjadi pelindung yang baik untuk enti.Maafakn ana."

Air mata deras mengalir saat mendengar berita ini,rasa sakit hati dan sedih tak mampu saya tahan.Dugaan ini lebih berat dari perpisahan yang berlaku dahulu.Saya mula menyoal diri,"mengapa ALLAH uji saya?" dan "apa salah saya sampai ALLAH menetapkan takdir saya sebegini?" 

Akibat terlalu memikirkan hal ini,saya tak sedar kaki saya melangkah ke tengah jalan.ALLLAH...........hanya itu yang saya mampu ingat dan dunia saya gelap.Apabila tersedar,air mata saya mengalir dan teringat peristiwa yang berlaku.Akibat kecuaian saya sendiri,saya ditimpa accident dan kecederaan sedikit di kepala dan kaki.

Saat-saat saya di tahan di wad,saya mula bermuhasabah diri dan berfikir tentang hikmah terhadap apa yang telah berlaku.Sedikit demi sedikit saya mula menerima hikmah dari ujian dari ALLAH ini.Terngiang-ngiang di telinga dan terbayang-bayang sebuah ayat yang bermaksud:

"ALLAH tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(al-Baqarah:286)

Barulah saya menyedari,setiap musibah yang datang bersilih ganti adalah kayu pengukur kepada tahap keimanan dan kebergantungan kita pada ALLAH SWT.Mungkin selama ini saya leka dalam kehidupan seharian sebagai hamba yang mengaku beriman tetapi amalnya masih sedikit sekali.Setiap nikmat yang ALLAH kurniakan saya gunakan tanpa segan silu namun perintah-NYA saya lakukan sambil lewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...