cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Tuesday 17 May 2011

JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI ?



1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."  [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]


4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]


8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..


Dibenarkan untuk Share.. ^_^

Saturday 14 May 2011

...::: Penyakit ummat akhir zaman :::...



Pertahanan diri umat Islam sebenarnya adalah rohnya yang merupakan baju besi maknawi dan rohani dari serangan luar. Gejala-gejala yang tidak sihat yang datang daripada perang saraf dan gerak saraf musuh adalah untuk melemahkan ketahanan iman umat Islam, perpaduan serta ilmu pengetahuan islam. Musuh jika menyerang dari aspek yang lain seperti kekayaan, ketenteraan, itu hanyalah serangan kekuatan sampingan, bukan serangan terhadap kekuatan umat yang utama

Di akhir zaman ini sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan atau tidak memikirkan lagi adanya Tuhan. Hinggakan mereka tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam kehidupan. Walaupun mereka percaya adanya Tuhan, tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah tiada campur tangan Tuhan. Boleh dikatakan, sudah ramai umat Islam yang 'tidak perlukan' Tuhan. Jika mereka pandai, pada mereka ini adalah disebabkan usaha mereka semata-mata, tidak kena-mengena dengan Allah.

Jika mereka kaya, berpangkat atau berkuasa, ia adalah kerana kemampuan mereka. Pada mereka, Tuhan sudah tiada kuasa menentukan nasib mereka. Pada mereka, Tuhan itu hanya sekadar ada, peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada. Cuma sekali-sekala terasa Tuhan diperlukan, setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka, seperti sakit, miskin atau dianiaya sesama mereka. Barulah mereka mula berdoa atau meminta kawan-kawan menolong mendoakan keselamatan mereka.

Setelah baik atau senang semula, mereka lupa kembali kepada Allah. Dia tidak diperlukan pula. Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam di akhir zaman. Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang, berpuasa, naik haji, sama sahaja.

Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya. Maka kesimpulannnya, yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah umat Islam. Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama saja. Kalaupun percaya adanya Tuhan, Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup mereka. Pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada. Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicinta, langsung tidak ada di dalam perasaan mereka.

Side effectnya apa sudah terjadi?

Orang beragama atau tidak, perangainya sama saja.Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar, sama-sama bergaduh, sama-sama berkrisis.Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang rasa, sama-sama tidak peduli-mempeduli.Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah, sama-sama tidak merendah diri.


Mengapakah perangai orang yang beragama dengan yang tidak ada agama sama?

Kerana mereka mengamalkan agama secara tradisi, agama sekadar satu warisan, tidak ada ilmu menyeluruh tentang agama, apalagi dihayati. Yang diharap hanya pahala, pahala, pahala. Pengamalan Islam bukan ditunjangi oleh kerana takut atau cintakan Tuhan, maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia.

Maka berkat Tuhan pun tidak turun lagi ke dunia ini. Apabila berkat tidak ada, benda baik pun menjadi mudharat. Tuhan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja tidak kira orang baik atau orang jahat, berlaku secara umum di mana-mana. Jika kepada orang jahat itu, sebagai hukuman, kepada orang baik pula sebagai penghapusan dosa atau meninggikan darjatnya.

Makanan yang baik-baik pun sudah hilang berkatnya, sedap dan lazat tetapi membawa penyakit. Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya. Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia. Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia, makanan yang halal pun menjadi musuh manusia. Walaupun begitu manusia tidak insaf juga, maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda.

Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan, ajaran Tuhan sekalian alam masih tidak dipedulikan. Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan. Manusia sibuk dengan makan, sibuk dengan minum dan dan sibuk dengan pakaian.

Sibuk dengan maksiat dan hiburan, sibuk dengan pembangunan dan kemajuan. Tuhan hanya sebagai slogan. Tuhan bukan matlamat hidup, kalimah Tuhan hanya sampingan. Maka, tidak hairanlah Tuhan bertindak. Dia mengarahkan makanan menjadi musuh insan hingga setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan.

Tidak nampak lagi oleh manusia akan kekuasaan Tuhan…..Bilakah manusia mahu sedar dan insaf kembali ke pangkal jalan??

Hari ini orang menyebut Allahbukan dari jiwanya.Ia disebut hanya sebagai budaya.Tuhan disebut sekadaruntuk menyedapkan bahasa atau kata-katanya...

Renungilah...


~Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Penyayang dari segala penyayangPandanglah kami dengan kasih sayangMu..~

bila AL-QURAN mula berbicara


Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatikuDengan wudu',Aku kau sentuhdalam keadaan suci,Aku kau pegangAku,kau junjung dan kau pelajariAku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hariSetelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmuAtau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;engkau lupa di mana Aku tersimpanAku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stor muAtau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir,dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapahalaman.waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahuluWaktu lapang engkau membaca buku karangan manusiaSedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawiTidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamuSepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu,mengasyikkan.Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.

Di Komputermu pun kau putar muzik favoritemuJarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikanEngkau terlalu sibuk dengan urusan dunia muBenarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.Menonton siaran telivisyenDi depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.

Waktupun cepat berlalu.........Aku semakin kusam dalam laci-laci mu.Mengumpul debu atau mungkin dimakan hamaSeingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembaliItupun hanya beberapa lembar dariku.Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu.

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacakuAtau waktu kematian saudara atau taulan muBila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNyaApakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong muItu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.....kubur yang setia menunggu mu...........Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.Yang akan membantu engkau membela diriDalam perjalanan ke alam akhirat.Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.Yang berasal dari Allah AzzawajallaYang Maha Pengasih dan Maha PemurahYang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hariwalau secebis ayat

Seperti dulu....

Waktu engkau masih kecilDi surau kecil kampungmu yang damaiJangan aku engkau biarkan aku sendiri....Dalam bisu dan sepi....

untuk kesedaran kita semua



Sebak dada bila membaca....Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah. Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa akudi tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta plat TOL 1-800-88, lalu bertembung dengan lori angkut BABI. Sebelum tu lagi... aku sempat meneguk air KENCING SYAITAN 4 botol dan bercanda dengan GRO di sebuah kelab malam. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada kuteramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh.nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ...ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkannasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernahmerotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai."Tenat",jawab doktor dengan ringkas."Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abangmenjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..

Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidakmahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah".

sayup sayup kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampumenangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku."Yassin..... .".

bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itusuara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagisakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikatmaut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Akutidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yangpeduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau laparcu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini"."Ibu.......".

Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi......" .

Ayah.......kau datang ayah......." ."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agamayang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kaukah tadi??Kenapa kau berubahlaku??

Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudahmenjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusiaberjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikutkami".cahaya putih datang.datang hitam.

Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginanmenjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kiniseluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut dihujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku

berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahiwainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup matamemandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampahyang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampahni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. ....."."Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidakpernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di duniaini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya danmulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodohdan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wadini mendengarnya."Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi darisini"."Akulah amalanmu yang keji........ ..".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telahpernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kitalakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramathodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,akubanyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.

BEtapa ramai pompuan telah kurosakkan kehormatannya. Hukum agama apa yg aku tak hina..?? puasa... ??? HUDUD....?? aku sanjung RIBA.... aku pandang hina orang bawahan di pejabat. Aku maki hamnun dan meluat dengan alim ulama'. Aku tertipu dengan pangkat sebagai pengarah @ CEO syarikat. Aku ingat lagi kata-kataku "syarikat besar kita nie syarikat berAGAMA... bukannya syarikat cetak buku-buku AGAMA...!!!'.. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.No turning back... kata teman speaking. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atasdahiku.Aku melihat kaklong dankak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangantekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Laludiletakkannya aku diatas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celahbadanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang beradadi saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kinibaru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahankemudian di letakkan didalam keranda kayu.

Kotak apa ini?" tak kanlah kotak ikan. Tak mungkin. Aku di usung oleh enam orang termasuk ayahdan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Kedengaran suaratok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori dibelakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan di hujung selatan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" .

Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yangbesaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan kedalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanahmenutupiku.

"Tanah apa ini?"."Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqimitu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tokimam terus membaca talkin,tetapi makin lama makinhilang.

Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhkuterasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Akutakut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITUADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANGSERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

hamba yG curang



~In The name of ALLaH ~





PerLuKah kita bersediH seanDaiNya HiLaNg KeKasIh Hati..?

tidaK perLu merasA sediH berLebih-LebiHan, SehinGGa HiLang KeteNaNgan dan KedaMaiaN jiwa. AsyiK Kita memIkiRKan haLa TuJu dan PenGhuJunG HuBunGan Yang SeMakin KeruH. Hati tiDaK habis-HabiS menGhituNg KeLeMahan Diri, KekUraNgan diri, menCari KedhaiFan diri, MengaPa keKasiH hati SangguP berPaliNg TadaH dan Berubah hati.

‘PercinTaan’ yang TerPutus di TenGaH JalaN, memang amaT sakit daN peRiT. Namun, itu BuKan AlasaN untuK kita terus-meNerus diBendung KeSedIhan, DiseLubuNG kerunsinGan. KelUar darI beLenggU itu.. DidIK hati meneRiMa KetenTuaN ALLaH.. cuBa MuHasaBaH diRi daN memBuat ‘pembetuLan’ seandaiNya merasa ada KesiLapan..

Kita SusaH hati JiKa kekasiH berUbaH Hati..

TaPi pernahKah kita ‘SusaH Hati’ Jika TidaK mendaPat CiNta ALLaH..?

Kita seLaLu berUsaHa untuK menJaGa huBuNgan bersama KekasIh hati.

Tapi perNahKah kita berusaHa menjaga HubuNgan dengaN ALLaH..?

Kita SeLaLu menGhaRaP agar KeKasIh hati Setia daN JuJuR daLam PerHubuNgan..

Tapi perNahKah kita Setia dan JuJuR Pada ALLaH..?

Kita tiDaK perNah Lupa untUk meriNdui keKasiH hati..

Tapi adaKaH kiTa SeLaLu InGat daN riNdu Pada ALLaH..?

KiTa seLaLu menGhitung keLemaHan diri Pada PandaNgan kekasIh hati..

Tapi perNahKah kiTa menGhituNg berapa BanYak dosa, Kelemahan, dan KekuranGan kita pada paNdangan ALLaH..?

Kita BanYak berSusaH hati terHadaP ‘MakhLuk-Nya’.. Tapi KiTa tidaK kisaH ‘Pada ALLaH’ Yang menciPta Kita.. amaT runsinG hati JiKA tidaK dicintai KekasIh, taPi hati kita tidaK perNah runSinG Jika hiLangNya CiNta RaBB..

PeLik SiKaP maNusia..

Tiada Masa MengIngati ALLaH..BahKan seWakTu ruKUK dan SuJud masIh Lagi memiKirkan sang KekaSiH.SewaKtu BiBir daN Lidah Sibuk berzikiR pada ALLaH, Namun hati tetaP pada SanG kekaSiH..SedaNg eLok memBaca Al-Quran, DaLam Jiwa TetaP ada SanG kekasiH..

cuBa kiTa fiKirKan..

Jika SeKritiKaL ini KeadaaN manuSia.. BiLa masa kiTa ‘ZiKruLLaH’ daLam hiduP ini..SedanG daLam seMbaH suJud kiTa pada-Nya pun Hati MasiH LaLai menDuaKannYa dengan Yang Lain…kIta Hamba Yang SeLaLu curang! .AstaghFiruLLaH..

KiTa daMbaKan KeteNaNgan..

KeteNanGan itu adaLaH denGan mengingati ALLaH..KeteNangan itu RedHa Kepada KeteNtuan ALLaH..

JaNgan ‘Keras Hati’..‘KeraS Hati’ dan ‘TidaK puas Hati’ pada KetenTuaN ALLaH menyeBabKan KuraNg kedaMaian ‘Jiwa’.

JiKa KekasIh hati ‘PerGi’..BiaRKan dia MeLanGKah..JanGan diHaLang, Jangan Juga diTenTanG..‘JanGan menGHaraP Pada Yang TidaK suDi’BiarKan..SiLa AliHkan PerhatiaN pada MaHa PengaSiH, Maha PenyaYang..TumPuKan SekaLian Jiwa Pada-Nya,KasIh-Nya tiDaK perNah berKuraNg,CinTa-Nya tidaK perNah CuRang,

‘Hati MasiH SaYanG’

JiKa benar Kita MasiH saYanG,DoaKan YanG terBaik untuKnya..tidaK semesTinYa kita memiLiKi seMua perKara Yang kiTa saYang..KadaNg2 Perkara yang Kita benci itu adaLaH terBaiK buat kita..ALLaH JadiKan begitu dan beGini Pasti Ada HikMahnya,Dia mengetaHui segaLa Yang kiTa tidaK ketaHui.

FirMan ALLaH :

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." {al-BaqaraH:216}


AnGGapLah ‘perPisaHan’ itu Satu TarbiYah dari ALLaH..‘TaRbiYaH’ agar Kita menjadi Hamba yang ‘tiDaK cuRang’ pada Masa Akan datang..AnggaP juGa ‘PerPisaHan’ itu satu ‘HUkuMan’..‘HuKuMan’ ketidaksetiaaN kita kepada ALLaH..SuPaya Ia menJadi pengajaran dan BeKaL daLam ‘peLayaran’ mencaRi Cinta Haqiqi..


'SetiaLaH' pada ALLaH^^AGaR manusia JuGa setia PadaMu..CinTaLaH pada ALLaH^^Agar SeKalian MakhLukh-Nya mencinTaimu..(",)

~ hukum purdah ~



Haram Purdah???


Disini..ana hendak berkongsi apa yg ana dah dpt dri blog tntg pmakain purdah..

Beginilah ragamnya manusia yang hanya mengikut nafsu apabila mengutarakan sesuatu tanpa meruju` pada kitab-kitab yang mu`tabar .Insyaallah ,walau agak keberatan untuk saya mengulas tetapi saya terpaksa teruskan jua kerana kenyataan-kenyataan yang tersebut sudah agak melampau .
                                             (وليضربن زخمرهن على جيوبهن (النور: 31               
                  Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya
            Kerudung atau purdah adalah kain yang digunakan oleh kaum wanita untuk menutup kepala .Dan apabila wanita diperintahkan untuk menutup kain purdah ke dadanya ,maka ia pun diperintahkan untuk menutup wajahnya kerana wajah adalah tempat kecantikkan kaum wanita dan banyak menimbulkan fitnah bagi lelaki kerana kebanyakkan orang yang ingin melihat keindahan bentuk seseorang ,yang pertama mereka pandang dan perhatikan adalah wajah .Apabila didapatinya wajah yang cantik rupawan ,maka pandangannya akan terpaku kepada wajah yang indah itu sahaja .Kerana itu apabila ada orang yang berkata ; “Si polan cantik rupawan” , maka yang dimaksudkan adalah kecantikkan wajah si wanita tersebut .Dari sini jelaslah bahawa muka adalah tempat kecantikkan seorang wanita yang menjadi pusat perhatian kaum lelaki .Perlu diambil perhatian ,daripada surah annur itu tadi ,bahawa kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada .Wanita-wanita `Arab pada zaman Jahiliah dahulu kala ada yang berkelumbung kepala dan menutup belakang leher mereka tetapi muka mereka terdedah ,bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Baju kurung yang dipakai oleh wanita-wanita melayu ,walaupun sudah dikancing ,biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol .Oleh itu ,wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini .
            Bila keadaan seperti ini ,bagaimana mungkin Syariat Islam yang lengkap dan sempurna untuk kebahagiaan kaum Muslimin mewajibkan wanita untuk menutup kain purdah ke leher dan dadanya tetapi membiarkan wajah terbuka ?
                                  (ولايضربن بأرجلهن ليعلم مايخفين من زينتهن  ( النور: 31      
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .
            Iaitu tidak boleh bagi wanita memukulkan kakinya kerana khuatir diketahui apa-apa yang tersembunyi di kakinya daripada jenis perhiasan yang digunakan oleh wanita . Maka seandainya wanita tidak boleh memukulkan kekinya kerana takut timbul fitnah daripada lelaki dengan apa yang didengar daripada suara hiasannya ,maka bagaimana halnya dengan membuka muka ? manakah fitnah yang lebih besar daripada seseorang laki-laki mendengar suara perhiasan yang dipakai oleh wanita di kakinya tanpa mengetahui siapakah wanita itu ; cantikkah dia atau tidak ,masih mudakah dia atau seorang yang telah tua daripada melihat wajah wanita yang tidak berkerudung ,apalagi bila ia seorang wanita muda yang elok parasnya .Kerana tiap-tiap lelaki yang normal memiliki keinginan terhadap seorang wanita . Oleh itu kita berkesimpulan bahawa wajah wanita mutlak wajib ditutup .      
يأيهاالنبى قل لأزوجك وبناتك ونسآءالمؤمنين يدنين عليهن من جلبيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورارحيما                 
Wahai Nabi ,katakanlah kepada isteri-isterimu ,anak perempuan dan isteri-isteri orang mu`min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun dan penyayang . (surah Al-Ahzab: 59)   
          Dalam kaitan ini ,Ibnu Abbas r.a berkata : “Allah SWT telah memerintahkan isteri-isteri orang mu`min apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan , wajib mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab dan mereka boleh menampakkan mata sahaja .”
            Para Ulama` dan Fuqaha` berkata bahawa pentafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-Qur`an merupakan dalil dan hujah bahkan ada sebahagian Ulama` yang menggolongkannya sebagai hadith marfu` yang sampai kepada Rasulullah SAW .Sedangkan pernyataan Ibnu Abbas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya .
            Jilbab ialah selendang di atas kerudung yang fungsinya sama dengan mukena (telekung) .Ummu Salamah r.a berkata ketika ayat tersebut diturunkan : “Para wanita kaum Ansar ,apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan ,maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya .”
*Maka bagaimana dengan adanya dalil-dalil ini ,masih ada setengah-setengah di kalangan pelajar-pelajar menyatakan hukum jilbab hanya bagi isteri-isteri Nabi sahaja . Ini menunjukkan betapa jauh kejahilan kita dengan Agama . 
<span>Dalil-dalil Hadith</span>
قال الرسول صلى الله عليه وسلم : اِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا اِذَا كَانَ اِنَّمَايَنْظُرُاِلَيْهَا لِخِطْبَةٍ وَاِنْ كَانَتْ لاَتُعْلَمُ
  Sabda Rasulullah : “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita ,maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali .” (H.R Ahmad) 
            Hadith Rasulullah tersebut di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat behawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama .Adapun selain peminangan ,maka sama sekali dilarang melihat wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga .Demikian juga si peminang bila melihat wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namum hanya sekadar menikmati kecantikkan dan keindahan wajah wanita itu sahaja ,ia adalah berdosa .
            Sekalipun zahir hadith tersebut tidak menerangkan bahagian mana yang boleh dipandang oleh si pelamar tetapi sudah dapat kita fahami bahawa bahagian yang boleh dipandang hanyalah wajah kerana wajah adalah simbol dan tempat kecantikkan dan kesempurnaan wanita .Manakala bahagian tubuh lain boleh diketahui dari sifat wajah tersebut .
اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ  قال : مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظًرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ القِيامَةِ فَقالتْ اُمُّ سَلَمَةَ : فَكَيْفَ يَصْنَعُ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ ؟ قالَ : يُرْخِيْنَهُ شِبْرًا فَقالتْ : اِذَا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ . قالَ : يُرْخِيْنَ ذِراعًا وَلاَيَزِدْنَ عليهِ                    
     Rasulullah SAW bersabda : “ Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong” .Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya ? Jawab Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkannya satu jengkal ke bawah .” Ummu Salamah bertanya lagi : “ Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka .” Berkata Rasulullah SAW : “ Hendaklah mereka menghulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi .(Hadith Riwayat Bukhari , Muslim dan selainnya)
            Hadith ini merupakan dalil wajibnya menutup kedua-dua belah telapak kaki wanita , di mana hal itu merupakan masaalah yang sudah dimaklumi antara kaum wanita para sahabat Rasulullah SAW . Sedangkan kedua-dua belah telapak kaki lebih sedikit menimbulkan fitnah daripada kedua-dua telapak tangan dan muka .Peringatan atas suatu masaalah yang lebih ringan ,merupakan peringatan atas masaalah yang lebih berat dan besar seperti firman Allah dengan ertinya “jangan kau hampiri zina” ,maka melakukan zina itu terlebih diutama terlarang .Jika ada orang dilarang untuk berbicara ,tentu ia lebih dilarang untuk berteriak dan bersorak-sorak .
            Syariat Islam tidak memerintahkan untuk menutup bahagian tubuh yang sedikit yang dapat menimbulkan fitnah ,sementara membiarkan kaum wanita membuka bahagian yang banyak yang menimbulkan fitnah .
عن عائشة رضى الله عنها قالت : كانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّوْنَ بِنَا وَنَحْنُ مُحْرِمَاتٌ مَعَ رَسولِ اللهِ صلىَّ اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَاِذَا جَاؤُوْنَا سَدَلَتْ اِحْدَانَا جِلْبَابَهَا عَلىَ وَجْهِهَا مِنْ رَأْسِهَا فَاِذَا جَاوَزُوْنَاكَشَفْنَاهُ                                
Ummul Mu`minin Aisyah r.a berkata : “ Ada serombongan penunggang penunggang unta melalui kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW .Maka apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab dan apabila rombongan itu telah meninggalkan kami , maka kami buka kembali penutup wajah kami itu .” (H.R Ahmad , Abu Daud dan Ibnu Majah)
            Perkataan Aisyah r.a : “Apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab kami “, adalah dalil wajib menutup muka kerana yang diperintahkan dalam berihram adalah membuka muka .Kalaulah bukan kerana adanya halangan membuka muka ya`ni datangnya rombongan berunta itu ,pasti mereka membiarkan mukanya terbuka .
            Jelaslah membuka muka waktu berihram adalah wajib hukumnya ke atas wanita menurut pendapat kebanyakkan Ulama` Feqah dan perkara yang wajib tidak ada yang boleh menandinginya kecuali yang wajib pula .Maka seandainya tidak wajib menutup muka dengan jilbab terhadap lelaki yang asing ,pastilah tidak boleh meninggalkan yang wajib ya`ni membuka muka waktu berihram dengan cara menutupkan muka dengan jilbab/ cadar kerana lalunya lelaki asing .

*Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka dihadapan lelaki asing , apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan .Maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan .Di antaranya :
1)         Timbulnya fitnah . Wanita-wanita yang selalu mepercantikkan diri dengan perhiasan dan alat solek ,sementara membiarkan kepala dan wajahnya terbuka untuk dipandang dan dini`mati  oleh orang lain .Sesungguhnya ia telah menggali lubang kecelakaan bagi dirinya sendiri .Tentu sahaja hal ini merupakan buah kejahatan dan kehancuran .
2)         Hilangnya rasa malu daripada diri wanita pada hal rasa malu itu sebahagian daripada pokok-pokok keimanan dan bergesernya naluri kewanitaan .Wanita merupakan lambang rasa malu bagi masyarakat manusia ,lebih-lebih lagi para gadis atau dara yang sentiasa menjaga kehormatannya dengan mengurung diri di rumahnya seperti gadis-gadis di bawah jagaan ketat .Bergesernya nilai rasa malu daripada diri wanita membawa pertanda berkurangnya iman di dada dan keluarnya wanita daripada naluri kewanitaan yang asli .
3)         Timbulnya fitnah di kalangan lelaki sebab perbuatan wanita .Terutama apabila wanita itu mempunyai paras muka yang cantik yang membuat lelaki mabuk asmara . Berapa banyak perkelahian dan pertumpahan darah atau pelakuan sihir di kalangan pemuda kerana seorang gadis cantik yang tidak pandai memelihara kemuliaan dan kehormatannya sendiri .Ada sebuah pepatah yang masyhur berbunyi seperti ini :
نَظْرَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌفَلِقاءٌ                                  
“Mula-mula saling memandang ,kemudian menyampaikan salam ,lantas bercakap-cakap , terus mengikat janji dan akhirnya perjumpaan .”
*Kita harus ingat bahawa syaitan itu berjalan dalam pembuluh darah manusia , selalu berusaha membisikkan dan memjuknya untuk melakukan kejahatan dan dosa . Berapa banyak kejadian bermula daripada pembicaraan ,tawa dan janji yang akhirnya jatuh cintalah lelaki kepada wanita sehingga membuat hati lelaki selalu terkenang wajah gadis yang dilihatnya dan juga hati si gadis terpaut pada lelaki yang dipujanya .Kalau sudah begini keadaannya ,tidak mustahil terjadi hal-hal yang tidak diniginkan oleh syariat Islam yang mulia dan sempurna .
4)         Pergaulan dan percampuran antara wanita dan lelaki . Sesungguhnya wanita apabila memandang dirinya sama dengan lelaki dalam hal kebebasan membuka wajah dan berjalan kesana kemari ,automatik akan berlakulah kemerosotan rasa malu pada diri perempuan kerana seringnya berjumpa dengan lelaki tanpa tabir dan hijab .
            Pergaulan seperti ini ,dapat menimbulkan fitnah yang besar dan kerosakkan yang dasyat yang berlawanan dengan keinginan kaum Muslimin untuk hidup secara damai dan penuh ketenangan . 
*Pada dasarnya yang kita kena ketahui ,bahawa ada dua maksud yang terkandung didalam dalil-dalil ini :
1)         Memisahkan pergaulan wanita dengan lelaki asing (ajnabi) dan mengajarkan sikap serta keperibadian wanita muslimah .
2)         Wajibnya bertabir bagi seorang wanita Muslimah terhadap lelaki yang bukan mahramnya .
*Disini saya akan menyatakan satu persatu mengenai rukun-rukun aurat perempuan supaya kita tak samakan aurat perempuan didalam sembahyang dan diluar sembahyang .
Ta`rif aurat : `Aurat daripada bahasa `Arab `awrah berma`na ke`aiban .Pada istilah Fiqh, ia diertikan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan .
1)         `Aurat perempuan yang merdeka (ya`ni bukan hamba sahaya) dan demikian juga khunsa (ya`ni yang mempunyai dua alat kemaluan sejak lahir) di dalam sembahyang ialah barang yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya .Muka dan dua tapak tangannya zahir dan batin hingga pergelangan tangannya bukanlah `aurat dalam sembahyang .Yang lain daripada ini , semuanya dikira aurat di dalam sembahyang .Adapun tapak kakinya memadalah ditutup dengan bumi atau lantai ketika berdirinya .Jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku`nya atau sujudnya ,maka batallah sembahyangnya .Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah . * Makruh bagi perempuan itu menutup mukanya dalam sembahyang kecuali ketika ia berada di tempat sembahyang atau masjid di mana terdapat laki-laki ajnabi yang tiada memelihara pandangan mereka .Jikalau ditakuti ia akan dilihat mereka sehingga membawa kepada fasad (kerosakkan) ,maka haramlah atasnya mendedahkan mukanya tetapi apabila ia hendak sujud ,wajiblah ia angkatkan kain tutup mukanya supaya tiada tertutup dahinya ketika sujud .  
2)         `Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang ; Di hadapan lelaki yang ajnabi (asing) atau yang bukan mahramnya ,maka sekalian badannya .Ertinya , termasuklah muka dan kedua tapak tangannya zahir dan batin .Maka sekalian badannya wajib ditutupi atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu .Tiada harus dibuka muka dan kedua tapak tangannya sama ada ketika jadi saksi atau selainnya melainkan kerana dharurah .Ini adalah yang mu`tamad .Ada Qaul dhaif menyatakan melainkan muka dan dua tapak tangan . Ini pun sekiranya aman daripada fitnah walhal kita tahu bahawa `Aisyah r.h.a ada berkata “ sekiranya Rasulullah hidup pada zamannya maka sudah tentu Rasulullah akan menghalang orang perempuan pergi ke masjid kerana banyak fitnah .”Itu pada zamannya .Sekarang sudah berabad-abad lamanya .Makin berlakunya banyak fitnah .
3)         `Aurat di hadapan perempuan yang kafir : Maka auratnya ialah barang yang lain daripada bahagian tubuh badannya yang zahir pada ketika ia berkhidmat atau bekerja dalam rumahnya iaitu kepala ,muka , leher , dua tapak tangan sampai kedua sikunya dan dua tapak kakinya .Demikianlah juga auratnya ketika di hadapan perempuan yang tidak jelas peribadi atau wataknya atau perempuan yang rosak akhlaknya .
4)         Aurat di dalam Khalwat : Di hadapan perempuan yang Muslimat dan pada lelaki yang menjadi mahramnya ,maka `auratnya ialah barang yang antara pusat dan lutut seperti aurat lelaki di dalam sembahyang .
Walau bagaimanapun untuk menjaga adab ,maruah dan untuk memelihara daripada berlakunya perkara-perkara yang sumbang ,maka perlulah ditutup lebih daripada barang yang antara pusat dan lutut .Jikalau ditakuti fitnah ,maka fardhulah ditutup bahagian-bahagian tubuh  selain daripada apa yang di antara pusat dan kedua lutut itu ,yang mungkin menggiurkan nafsu yang melihatnya .*kesimpulannya kita kena tahu aurat dalam ibadat dan aurat pada lelaki ajnabi dan aurat pada mahram adalah beza .Jangan bercelaru .Wallahualam .
*Bagi yang nak mengharamkan tu ,kenapa tidak haramkan saja yang sudah jelas-jelas haram seperti seorang perempuan yang berumur lingkungan 18 tahun memakai baju adiknya yang berusia 10 tahun sehingga nampak betul seluruh bentuk badannya yang menggeliurkan  .Yang kita nak ikut Muhammad Sayyed Tantawi itu buat apa ! bukankah jelas-jelas dia bersalaman dengan ummul malaysia Rafidah Aziz walhal kita tahu itu adalah perbuatan haram dan Nabi sendiri tak pernah bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya .Bukankah Tantawi juga menghapuskan perbelajaran bab jihad di Mesir kerana mengikut terlunjuk jari Amerika .Tolonglah jangan merapu dengan hukum-hukum Allah yang telah ditetapkan pada azali lagi .Bagi sahabat-sahabat yang diluar sana, saya faham mungkin ada setengah pihak tak dapat terima pengulasan saya kerana orang yang saya ulas itu adalah orang yang awak sayangi .Saya sayang Pas kerana ia menegakkan Al-Quran Hadith Ijma` dan Qiyas  dan lagi pula ia memperjuangkan Islam bukan bangsa sebagaimana pihak yang lain hanya memperjuangkan bangsa melayu sahaja.Tetapi ini bukan berma`na kita kena ikut sahaja apa yang dikata oleh orang yang kita sayangi walau ia terang-terang salah . Ilmu menunjuk kita mana yang benar dan mana yang palsu atau mana yang mengikut akal .Maka terserahlah pada kalian .Kalau kalian nak kata perjuangan ,maka inilah perjuangan ,katakan tidak bagi mereka yang nak mengharamkan perkara yang difardhu oleh Allah taala .(Agaknya puak-puak ni nak tengok sangat orang-orang muda kita punya muka tak…tak tahu nak kata) . Wallahualam.
*Bagi menjawab persoalan sahabat saya ; Bagi seseorang yang sekejap pakai purdah sekejap tidak seperti dalam kampus ia tak pakai diluar ia pakai ,maka tak mengapa daripada tak pakai langsung  .Begitu juga orang sembahyang ,sekejap sembahyang sekejap tidak ,tak bolehlah kita kata lebih baik jangan sembahyangkan .Maka kita doakan untuk mereka dan kita sendiri supaya istiqamah dalam segala hal . Maka kalau boleh dapat tu,pakai teruslah …Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...