cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Tuesday 10 May 2011

~ RaHmAt UjiaN ~




Dalam derita ada bahagia Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa
ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Allah tidak pernah silap dalam menentukan takdir utk hamba-hambaNya...

Hidup ini adalah satu medan ujian.
Dunia ini hanyalah sebuah persinggahandan bukan destinasi.
Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran.
Tanpa ujian,
manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah,
bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri
yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. 
Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita.
Ujian membuatkan kita mendongak ke langit,
menadah tangan memohon perhatian Tuhan.
Kita selalu lupa,
namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang redha dengan ujian Mu ini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...