cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Monday 9 May 2011

KU TINGGALKAN DIRIMU DEMI CINTA-NYA PART 1.....




Kisah yang ditulis ini bukanlah bertujuan tuk menyindir sesiapa melainkan hanya untuk berkongsi dengan para pembaca.Usahlah ditanya sama ada kisah ini adalah kisah benar atau tidak.Ini bertujuan untuk menjaga hati penulis dan pembaca dari perasaan yang tidak disukai ALLAH SWT seperti riya'dan cemburu.Anggaplah ia sebuah kisah dari seorang wanita yang bernama Nisa.Ambillah apa yang baik untuk sama-sama kita amalkan.Selamat membaca dan hayatilah kisah ini sebaiknya dan sama-sama kita koreksi diri.

Cinta,al-hubb atau al-hibb bererti kasih sayang.Habib pula bermaksud kecintaan atau yang di cintai.Dari segi istilah,al-hubb membawa maksud kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai...

"Biarlah saya perkenalkan diri saya Nisa(bukan nama sebenar).Tiada niat yang tersembunyi atau untuk menyindir sesiapa atau menunjuk kehebatan diri.Cerita ini hanyalah sekadar perkongsian dari hati ke hati bersama para pembaca.Jadikanlah cerita ini sebagai pemangkin tuk kita mengubah diri menjadi Hamba-NYA yang lebih baik dan sama-samalah kita muhasabah diri makna tersirat di sebalik kisah ini.


Sebagai insan biasa,saya juga tidak terlepas dari cinta.Kata pujangga cinta itu buta dan cinta tidak memerlukan apa-apa syarat dan cinta juga tidak mengenal usia.Berbicara tentang cinta sudah pasti ramai yang berminat dan tersenyum apabila memikirkannya.Pasti ada di antara pembaca yang mempunyai kisah cinta yang tersendiri begitu juga dengan saya..

Berbicara tentang cinta pasti akan mengimbau kembali kenangan yang tersimpan kemas dalam ingatan saya dan teman-teman yang berada di sisi saya.Namun,cinta itu bukanlah cinta biasa....melainkan Cinta pada yang Maha Pencipta,ALLAHU RABBI setelah saya pernah telalai dengan cinta palsu dari manusia..

Mengimbau kembali zaman persekolahan dulu,apabila mendengar cerita teman-teman yang bercinta atau bercouple pasti saya akan tersenyum.Tidak mengiakan atau membantah namun saya tahu..cinta yang halal hanyalah cinta setelah bernikah bukannya cinta monyet atau cinta muda-mudi zaman sekarang.Sehinggalah habis zaman persekolahan,saya hanya mengenali dunia buku dan pelajaran sahaja biarpun teman di sekeliling mula bercinta dan bangga dengan cinta masing-masing.Saya senang bersendirian lantaran masih tak berani untuk mula bercinta dan tiada kekuatan yang menggerakkan saya ke arah itu.

Namun...Saya juga manusia biasa,ada hati dan perasaan.Cinta itu fitrah bagi manusia,makanya saya juga ingin mengalami dan mengetahui nikmat cinta,rasa disayangi dan di kasihi.Sewaktu usia saya menginjak 18 tahun,saya mula memberanikan diri tuk bercinta.Perkenalan dengan seorang teman lawan jenis dari sebuah laman web sosial akhirnya membuahkan rasa cinta di hati kami.Ammar(bukan nama sebenar),adalah cinta pertama saya.Tiada ucapan yang terindah dapat saya ucapkan saat berkenalan dengan Ammar.Sementelahan Ammar adalah senior saya sewaktu di zaman persekolahan dahulu.Hubungan yang terjalin bertambah erat apabila mendapat restu dari keluarga kedua belah pihak.

Kami saling mengenali dan menyemai cinta ini dengan kata-kata nasihat,saling mengambil berat dan bertukar pandangan dalam segala hal.Perasaan saya tak dapat digambarkan saat itu,indah dan penuh dengan impian yang kami paterikan demi cinta ini.Hidup kami penuh dengan angan-angan dan impian tentang masa depan yang akan kami bina.Demi menjaga syariat,kami saling berjanji untuk menjauhi pertemuan dan panggilan telefon.Hanyalah YM dan SMS penghubung lantaran masing-masing menuntut ilmu di bumi yang berbeza.

Semakin hari semakin saya hanyut dengan perasaan palsu ini.Syaitan mula membisikkan sesuatu di hati saya agar sentiasa mengingati dan berhubung dengan Ammar.Hubungan ini berlangsung selama 3 tahun dan selama itulah kami di hanyutkan dengan mimpi dan angan-angan palsu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...