cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Tuesday, 10 May 2011

~ ToLoNg InGaT KaN BeE ~



Tolong ingatkan ana,
Andai ana terlupakan Allah,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan ana,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah jangan dilupakan,
Usah dilukai hati dan perasaan mereka.

Tolong ingatkan ana,
Supaya ingat pesanan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan,
Di mana Islamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan,
Disingkatkan,
diketatkan dan dijarangkan.

Tolong ingatkan ana,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan ana,
Kalau bercinta biar keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan ana,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan ana,
Diri ini milik yang kuasa.

TOLONG YE…
INGATKAN ANA…jazakillah,
wassalam(,”)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...