cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Tuesday 10 May 2011

...::: ILMU dan CINTA :::...


Ramai manusia takut mati kerna dunia...
Ramai manusia cintakan dunia kerna harta...

Kerna harta rosak akhlaknya...
Kerna harta rosak imannya...
Kerna dunia manusia takut mati...
Kerna dunia manusia lupa diri...

Manusia budiman kerna harta,
iman dan hidayah Yang Maha Esa...
Manusia beriman bukan kerna harta dan ilmunya
tapi kerna hidayah...
Manusia rugi jika harta dan ilmunya sedalam 7 petala bumi
dan setinggi 7 petala langit tetapi tiada iman dihatinya...
Hidayah tidak dapat diberi oleh manusia walaupun
dia manusia termulia
kerna hidayah milik Tuhan Yang Maha Esa...

Tidak berguna mencari ilmu
tetapi tak beramal
kerana ilmu akan melaknat penuntutnya
kerana tidak mengamalkannnya...
Tidak berguna beramal sebanyaknya
tetapi tidak mempunyai ilmu di dalam amalnya
kerana ilmu akan melaknatnya
kerana tidak mempelajari ilmu sebelum beramal
dan amal akan melaknatnya
kerana beramal tanpa ilmu...

Orang yang berilmu tanpa amal
seperti air tanpa bekas
ia akan hilang dan kering...
Manakala amal tanpa ilmu
seperti bekas tanpa air
dan isi mungkin terisi
dan beramalan dengan amalan yang sesat.

Orang yang berilmu tetapi tidak beramal
amat rugi kerana ilmunya akan hilang
dan lupa kerana tidak mengamalkannya.


Orang yang beramal tanpa ilmu akan sesat juga
kerana ajaran sesat akan mempengaruhinya...
Beramal dengan amalan khurafat rosak imannya...
Ada manusia mempelajari ilmu
dan mengamalkannya pada diri sendiri
tapi tak mengajar orang lain
kerana tak sayang pada saudara se-Islamnya...

Cinta yang suci tidak mudah dicari dan dilepaskan...
Ada cinta yang tertanam di tanah tanpa hidup
dan kekal di dalam tanah,
sesat di dalam hutan
dan tidak dapat menjumpai jalan keluar,
sesat di lautan
dan tidak dapat menjumpai daratan,
terbang melayang dan hilang tanpa dikesan...

Tapi carilah cinta seperti ini apabila ditanam
ia tumbuh dengan segar
dan menghasilkan buah yang baik
serta membawa kebaikkan kepada semua makhluk,
tidak sesat di dalam hutan
tetapi jika ia masuk ke dalam hutan
ia dapat hidup dengan baik
jika ia ingin keluar dari hutan
dengan mudah ia keluar...
Tidak sesat dan tidak karam di lautan
malah apabila ia ke laut
dengan mudah ia mencari daratan
untuk mendarat...
Tidak hilang di udara
malah mudah bergerak kemana yang hendak ditujuinya...

Renung2kan sambil beramal


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...