cayunk kam0o

... بسم الله الرحمن الرحيم ... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook

Tuesday 10 May 2011

aduhai puteri ku sayang

Khas untuk serikandi-serikandi kesayanganku....
Yang sedang mencari dan terus mempelajari ilmu-ilmu
dalam menjadikan diri sebaik-baik insan...
insan yang solehah...
Walau ranjau dan ujian mendatang,laluilah dengan tenang...
Usah terpedaya dengan arus kemodenan di alam maya....
Usah terpedaya dengan musuh utama...
Yang sentiasa menyelinap di segenap ruang dan peluang yang ada...



Dirimu amat berharga sekali..
Hargailah dirimu...
Diri yang ingin bergelar insan solehah
takkan mudah menjadi tontonan mata-mata lelaki...
Kau pasti akan temui ketenangan
dan kebahagiaan di hatidengan mujahadahmu kerana Allah SWT..

Hayatilah puisi berharga ini........

Suatu kisah
Kisah benar belakaseorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!



Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litupNamun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal


Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik ituTidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetapTidak berganjak dengan keputusan


Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari,
mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...